fb fb fb fb fb

Alcaraz juara Terbuka Cincinnati

Carlos Alcaraz/Foto Reuters

OHIO, 19 Ogos - Carlos Alcaraz berjaya memperoleh gelaran Masters 1000 ketiganya selepas menjuarai kejohanan Terbuka Cincinnati.

Beliau mendapat kemenangan percuma selepas pilihan utama kejohanan, Jannik Sinner menarik diri di awal perlawanan.

Sinner menarik diri selepas 23 minit perlawanan ketika Alcaraz sedang mendahului 5-0.

Beliau dilihat tidak selesa pada awalnya susulan panas terik.

Keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan mengenai kecerdasannya, ketika hanya beberapa hari untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD