CHINA, 19 September – Hasrat beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk melangkah lebih jauh di terbuka China tidak kesampaian selepas tersingkir di suku akhir, sebentar tadi.
Pasangan pilihan ketiga itu tunduk mudah kepada gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 16-21, 11-21 dalam masa hanya 34 minit di Shenzhen Arena.
Kekalahan itu menjadikan rekod pertemuan kedua-dua pasangan kini terikat 1-1, selepas kemenangan Sze Fei-Izzuddin pada Terbuka Jepun 2025.
