fb fb fb fb fb

Aksi Pei Kee-Mei Xing terhenti di pusingan kedua

Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2025

PARIS, 27 Ogos - Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing gagal mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas tewas menentang lawan dari Bulgaria, hari ini.

Pei Kee-Mei Xing tewas menentang gandingan adik-beradik Gabriela dan Stefani Stoeva dengan keputusan 11-21, 9-21 pada aksi pusingan kedua di Adidas Arena, Paris.

Dalam aksi tersebut Pei Kee-Mei Xing dilihat sukar menyekat dominasi lawan sepanjang saingan yang berlangsung selama 34 minit.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan ketiga kejohanan selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Christo dan Toma Junior Popov.

Wei Chong-Kai Wun yang mendapat ‘bye’ di pusingan pertama, dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan lawan dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-19 pada aksi pusingan kedua.

Pada aksi pusingan ketiga esok, Wei Chong-Kai Wun dijadual menentang beregu England, Ben Lane-Sean Vendy.

Lane-Vendy mara ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, 21-18, 21-16.

ZAZALI JAMIAN