fb fb fb fb fb

Aidil Aiman-Noraizat raih pingat emas dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Gandingan negara, Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Nordin berjaya menyekat dominasi Thailand untuk muncul juara kategori double dalam saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Stadium Titiwangsa yang meriah dengan sorakan padu peminat sepak takraw tanah air menjadi saksi kejayaan Aidil-Noraizat, menewaskan Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut, 17-16 dan 15-13.

Dalam set pertama menyaksikan Aidil-Noraizat berjaya mendahului dengan kelebihan enam mata tetapi Thailand berjaya mengejar sekali gus membuatkan perlawanan berlangsung penuh mendebarkan.

Bagaimanapun, gandingan negara itu berjaya mengatasi tekanan dan kekal fokus untuk melakar kemenangan 17-16 pada set pertama.

Memasuki set kedua, aksi berlangsung sengit apabila kedua-dua gandingan saling mengejar mata sebelum Malaysia mengakhiri perlawanan dengan kemenangan penuh bersejarah 15-13.

Malaysia mencatatkan rekod pertama kali menumbangkan Thailand dalam acara double. Ini merupakan pingat emas pertama negara dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011. 

Customer Support