KOBE, 21 Mei - Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di sini.
Kejayaan itu sekali gus memberi amaran awal kepada pencabarnya menjelang saingan Paralimpik 2024 di Paris pada Ogos.
Lebih manis, lontaran sejauh 17.43 meter oleh Ziyad menyaksikannya memperbaiki rekod Asia miliknya sendiri iaitu 17.29 meter yang dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Juara Sukan Paralimpik 2016 itu mengenepikan pencabar terdekat dari Perancis Soane Luka yang meraih perak dengan catata 15.92 meter.
Seorang lagi wakil negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi pula menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan catatan 13.48 meter.
Kejohanan berprestij yang bermula pada 17 Mei lepas berakhir Sabtu ini.