fb fb fb fb fb

Agong zahir kata semangat kepada kontinjen negara ke Olimpik dan Paralimpik 2024

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Baginda yang bertitah menerusi laman Facebook rasminya menyeru semua rakyat Malaysia mendoakan kecemerlangan buat atlet-atlet yang akan mewakili negara ke temasya itu.

Setakat ini, seramai 25 atlet kebangsaan yang akan mengambil bahagian dalam temasya Olimpik Paris 2024 manakala sukan paralimpik pula melibatkan seramai 20 atlet.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 manakala sukan Paralimpik akan bermula 28 Ogos hingga 8 September 2024.

Terdahulu, baginda berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Presiden Majlis Olimpik Malaysia dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shariman.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Chef De Mission (CDM) kontinjen negara ke sukan Olimpik, Datuk Hamidin Mohd Amin dan CDM kontinjen negara ke sukan Paralimpik Datuk Subramanian Raman Nair.

0207 AGONG OLIMPIK 2FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE