fb fb fb fb fb

AFF B19: Malaysia tekad tumbangkan Vietnam esok

(Kekalahan Malaysia kepada Laos semalam menjadi pembakar semangat buat skuad kebangsaan
tampil aksi lebih baik dalam perlawanan esok di Indonesia/ Foto FAM)

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Skuad bola sepak bawah 19 tahun negara akan belajar daripada kekalahan di tangan Laos semalam apabila turun berdepan Vietnam di separuh akhir Kejohanan B-19 AFF di Indonesia, esok.

Demikian jaminan ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menjelang pertemuan dengan juara Kumpulan A itu di peringkat empat terakhir.

Rekod tanpa kalah skuad B-19 negara lebur selepas tewas 0-1 kepada Laos pada aksi terakhir Kumpulan B, sekali gus muncul naib juara dengan 7 mata.

(Malaysia gagal mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tunduk kepada Laos 0-1/ Foto FAM)

Hassan Sazali yakin kekalahan itu akan mencetuskan semangat juang dan kebangkitan anak-anak buahnya apabila berdepan pasukan pilihan seperti Vietnam.

Namun, skuad negara masih perlu berwaspada dengan ancaman dan kekuatan pasukan lawan.

Jelasnya, Vietnam memiliki kawalan bola yang bagus berbanding pemain Malaysia dan situasi itu perlu dihalang pada pertemuan esok.

Sebelum ini, skuad B-19 kebangsaan mempunyai rekod baik dalam tiga edisi terakhir kejohanan dengan menjuarai edisi 2018 selain muncul naib juara pada edisi 2017 dan 2019.

Media Baharu