fb fb fb fb fb

AFC Elite 9: JDT hadkan pembelian maksimum empat tiket

Penyokong JDT/Foto Johor Southern Tiger

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya dibenarkan membeli maksimum empat tiket bagi perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elite 2025/2026 menentang Shanghai Port FC pada 9 Disember ini.

Kelab rasmi JDT menerusi Facebook memaklumkan tiket untuk aksi peringkat Liga Zon Timur itu dijual secara dalam talian menerusi laman tickethotline.com.my.

Sementara pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas mereka di pintu masuk Stadium Sultan Ibrahim untuk kemasukan pada hari perlawanan.

Turut dimaklumkan, tiket diperlukan bagi penyokong berusia tiga tahun ke atas, sebagai sebahagian daripada kawal selia kemasukan dan keselamatan perlawanan.

GRACE AISYAH KEDAYAN