fb fb fb fb fb

ACLE: JDT mula kempen langkah kiri

FOTO FB Johor Southern Tigers

BURIRAM, 16 September - Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 dengan langkah kiri.

Skuad Harimau Selatan itu tewas 2-1 di tangan kelab Thailand, Buriram United.

Beraksi di Chang Arena, di sini, gawang tuan rumah bocor seawal 24 saat menerusi ledakan Joao Figueiredo.

Namun jaringan tersebut dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) dengan alasan bola terkena tangan Figueiredo.

Satu jaringan Buriram turut dibatalkan selepas didapati berada di kedudukan ofsaid.

Gol pembukaan sebenar hadir minit ke-28 hasil jaringan Antonio Glauder, menjadikan JDT mendahului permainan.

Di babak kedua, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Suphanat Mueanta minit ke-50, sebelum Robert Zulj menambah jaringan empat minit berselang.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN