fb fb fb fb fb

Lima negara berentap Kejohanan Taekwondo di Melaka

Pengerusi Pengelola Kejohanan, Dr. John Mohd Abdul Rahim

ALOR GAJAH, 16 September - 1,200 atlet dan pegawai dari dalam dan luar negara terlibat Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Jemputan Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia (MITF) 2025 di sini.

Kejohanan membuka tirai hari ini dan akan berakhir pada 18 September dengan menyaksikan lebih 380 kategori dipertandingkan.

Beberapa negara akan berentap melibatkan Malaysia, Ireland, China, Hong Kong dan Taiwan.

Pengerusi Pengelola Kejohanan, Dr. John Mohd Abdul Rahim berkata kejuaraan dianjurkan bertujuan mencari bakat baharu berusia antara 6 hingga 35 tahun.

"Ini merupakan kali pertama kejohanan ini dianjurkan di Melaka.

"Pelapis yang diperoleh boleh dihantar ke kejohanan dunia untu mewakili negara. Antara kategori adalah bahagian bunga macam dalam silat dan bebas," katanya selepas majlis perasmian kejohanan di sini.

Perasmian disempurnakan Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri, Datuk VP Shanmugam.

Dalam pada itu, MITF juga akan menganjurkan Kejohanan Kelab Dunia sempena Tahun Melawat Malaysia pada Disember 2026 di Selangor.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN