fb fb fb fb fb

ACLE: Al-Ahli diikat Al-Duhail

Foto REUTERS

DOHA, 30 September - Juara bertahan Liga Juara Asia, Al-Ahli, terikat 2-2 dengan Al-Duhail dalam aksi Kumpulan di sini pada Isnin.

Skuad kendalian Matthias Jaissle ketinggalan pada minit ke-25 selepas jaringan Edmilson Junior, namun bangkit menyamakan kedudukan melalui Matheus Goncalves pada minit ke-42 yang menewaskan penjaga gol gantian, Bautista Burke.

Empat minit kemudian, Riyad Mahrez meletakkan wakil Arab Saudi itu di depan berpunca daripada kesilapan pertahanan lawan.

Namun, Krzysztof Piatek memastikan Al-Duhail membawa pulang satu mata apabila tandukannya pada minit ke-48 mengikat kedudukan.

Keputusan itu memberi Al-Duhail mata pertama mereka dalam saingan, sementara Al-Ahli kini mengumpul empat mata selepas menang perlawanan pembukaan menentang Nasaf.

Lapan pasukan teratas daripada 12 pasukan di zon barat dan timur akan mara ke pusingan kalah mati bermula Mac depan, dengan suku akhir, separuh akhir dan pentas akhir dijadual berlangsung secara berpusat di Arab Saudi pada April. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD