fb fb fb fb fb

ACL: Kawasaki Frontale benam JDT 5-0

(Pemain JDT Fernando Forestieri dikawal ketat dua pemain Kawasaki Frontale Ten Miyagi dan
Kento Tachibanada pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam tadi/BERNAMA)

ISKANDAR PUTERI, 25 April - Kelab Johor Darul Takzim, (JDT) mencatatkan kekalahan pertama dalam aksi Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) musim ini, selepas dibelasah Kawasaki Frontale, 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung dihadapan lebih 16,000 penyokong itu menyaksikan Yasuto Wakizaka, Marcio Bardosa, Chanatip Songkrasin dan Yu Kobayashi mencipta nama sebagai penjaring perlawanan.

Meskipun kalah, Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora tidak kecewa dengan prestasi pemain dan tidak akan menunding jari terhadap mana-mana pemain atas keputusan tersebut.

Beliau mengakui, kebanyakan pemain yang diturunkan tidak mempunyai pengalaman yang banyak beraksi dalam ACL serta Liga.

(Benjamin Mora)

Benjamin juga menjelaskan, keputusan merehatkan beberapa pemain pada perlawanan tersebut bertujuan mengelakkan mereka daripada mengalami kecederaan dan kelesuan selepas mengharungi empat perlawanan dalam tempoh 12 hari.

"Kami menerima gol di minit awal, menerusi satu sepakan percuma yang cantik dan daripada situ kami tidak dapat mengejar.

"Bagi saya, para pemain secara individu telah berusaha sebaik yang mungkin dan perlu diingatkan, pemain yang turun hari ini kebanyakan mereka tidak ada pengalaman banyak dalam ACL dan dalam liga," katanya.

Pihaknya akan berbincang dengan pasukan dan berazam kembali dengan prestasi mantap, menjelang perlawanan seterusnya menentang Guangzhou FC.

Media Baharu