fb fb fb fb fb

AC Milan rampas takhta Serie A selepas benam Napoli

Pemain AC Milan, Christian Pulisic / Foto REUTERS

SAN SIRO, 30 September - AC Milan berjaya mengekalkan momentum kempen Serie A musim ini apabila menang tipis terhadap Napoli 2-1.

Pada perlawanan yang berlangsung di laman sendiri itu, Milan terlebih dahulu mendahului menerusi Alexis Saelemaekers yang mudah menolak masuk hantaran lintang Pulisic pada minit ke-23.

Milan menggandakan kedudukan 2-0 hasil rembatan Pulisic yang terkena pertahanan Napoli membias masuk se kali gus menenewaskan penjaga gol Napoli Alex Meret, 14 minit sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Napoli cuba bangkit mencari gol menerusi serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol AC Milan.

Malang menimpa tuan rumah apabila pemainnya, Pervis Estupinan dilayangkan kad merah kerana mengasari Giovanni Di Lorenzo dalam kotak penalti.

Sepakan penalti disempurnakan Kevin De Bruyne pada minit ke-60 bagi merapatkan kedudukan 2-1.

AC Milan kekal ampuh bertahan mempertahankan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, ketua jurulatih AC Milan, Massimiliano Allegri menyifatkan pasukannya kekal fokus terhadap perlawanan demi perlawanan.

“Kami baru di permulaan. Pemain sudah lakukan dengan baik, tetapi mulai esok kami perlu fikir tentang aksi terakhir sebelum rehat,” katanya.

AC Milan kini berada di persada liga dengan 12 mata berkongsi mata dengan juara bertahan, Napoli namun dibezakan dengan perbezaan gol. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD