fb fb fb fb fb

Aaron Chia-Wooi Yik, Pearly Tan-M.Thinaah ke pusingan separuh akhir

(Foto FB BAM)

BIRMINGHAM, 7 Ogos- Kem badminton negara meneruskan rentak cemerlang selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir, menerusi beregu utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 itu tidak berdepan masalah besar menundukkan wakil Uganda, Brian Kasirye-Daniel Wanagaliya dengan straight set.

Pasangan negara nyata berada di kelas tersendiri apabila tidak memberikan jalan mudah kepada wakil Uganda biarpun lawannya berada jauh di kedudukan dalam ranking dunia.

Aaron-Wooi Yik tidak menunggu lama untuk menghabiskan set pertama apabila serangan demi serangan dilancarkan sebelum menang mudah 21-6.

Wakil Uganda nyata tidak mampu menandingi kemampuan beregu negara apabia tewas 21-12 di set kedua.

Sementara itu, turut mara ke peringkat separuh akhir iaitu pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-Thinaah M yang berjaya menewaskan pasangan dari Singapura, Jin Yuijia-Wong Jia Ying dalam aksi yang mengheret ke set penentuan.

Wakil negara bermula garang di set pertama apabila berjaya mendominasi gelanggang sehingga mata terakhir untuk menang 21-15.

Namun diset berikutnya, peningkatan dipamerkan Yuija - Jia Ying yang bijak menggunakan peluang hasil beberapa kesilapan beregu negara sebelum menang 21-11 di set kedua.

Di set ketiga, Pearly - Thinaah kembali berada di landasan selepas setiap serangan menerusi smash mendatangkan hasil untuk menang 21-15 sekali gus mara ke peringkat separuh akhir.


(Atlet beregu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah/FB BAM)

Media Baharu