BIRMINGHAM, 7 Ogos- Atlet terjun wanita negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri gagal membawa pulang pingat dalam acara 10 meter seirama awal pagi tadi.
Hanya menempatkan diri dalam kedudukan keempat dalam saingan akhir acara tersebut.
Pasangan negara dilihat bermula agak baik di terjunan pertama namun gagal mengekalkan konsistensi terjunan dan menamatkan kedudukan ditempat keempat dengan 286.94 mata.
Terjunan kemas dipamerkan pasangan Australia, Melissa Wu dan Charli Petrov dan berjaya mengumpul mata tertinggi dalam acara akhir itu sekali gus merangkul emas dengan kutipan 306.00 mata.
Bagi pingat perak dan gangsa menjadi milik wakil tuan rumah England, Eden Cheng - Andrea Spendolini dengan 298.86 mata dan Robyn Birch - Emily Martin mengumpul 287.88 mata.
(Gandingan atlet terjun wanita negara gagal menyumbang pingat untuk edisi kali ini dalam acara 10 meter seirama)