fb fb fb fb fb

76 sukan baharu akan ditambah ke dalam Akta 576

(Timbalan Menteri KBS, Datuk Seri Ti Lian Ker bersama Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah
dalam majlis penyerahan jalur gemilang kepada Pasukan GBX di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 15 Julai- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam fasa untuk menambah 76 jenis sukan baharu ke dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576), menjelang akhir tahun ini.

Jelas Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ti Lian Ker, jika pindaan berkenaan dimuktamadkan, Akta 576 akan mempunyai sebanyak 127 sukan berbanding 51 jenis sukan ketika ini.

Jelasnya, pindaan terhadap akta berkenaan telah dibuat sebanyak dua kali pada tahun 2000 dan 2004 dengan memasukkan beberapa jenis sukan.

Malah, kelulusan pindaan ini akan dibuat oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan tidak perlu dibentangkan di dalam parlimen.

Antara jenis sukan yang baharu yang akan dipindah adalah e-sukan dan sukan tarian.

(Timbalan Menteri KBS, Datuk Seri Ti Lian)

Pindaan ini dibuat bagi memastikan sukan-sukan berkenaan lebih teratur dari segi pengurusan dan pentadbiran serta tiada lagi sukan yang dianaktirikan.

"Apabila pindaan ini muktamad, terdapat 127 jenis sukan yang termasuk di dalam Akta 576. Ini termasuklah e-sukan,

"Dan proses ini hanya melibatkan libat urus perundangan dan Pesuruhjaya Sukan, maka tidak perlu dibentangkan ke parlimen," katanya selepas majlis penyerahan jalur gemilang kepada Pasukan GBX di Putrajaya.

Pasukan GBX yang akan mewakili negara di FIFe Club World Cup, Copenhagen Denmark pada 20 Julai ini.

Pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada pasukan berkenaan.

Media Baharu