fb fb fb fb fb

1,500 peserta akan sertai Festival Pencak Silat Sedunia Ke 19 di Ayer Keroh

TANGGA BATU, 14 Julai - Seramai 1,500 peserta dari 34 negara dijangka menyertai Festival Pencak Silat Sedunia Ke 19 pada 21 hingga 31 Julai ini di Dewan Besar, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Pengerusi bersama festival berkenaan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, persiapan untuk festival ini juga sedang giat dijalankan di MITC bagi memastikan ia berjalan lancar.

(Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika ditemui pemberita)

"Ia akan berlangsung dari 21 hingga 31 Julai di Melaka dan pelbagai dialog, forum mengenai perbincangan mengenai seni silat di dunia ini, dan akan dihadiri 34 negara menyertai silat sedunia di Melaka di MITC. Jadi kita melihat bahawa perkembangan dunia seni pertahankan diri ini telah diberikan kepercayaan oleh pesilat-pesilat dunia kepada Melaka dan saya lihat bahawa ini juga akan menjadi satu daya tarikan baharu sepanjang tempoh kejohanan ini berlangsung dan kita boleh menontonnya," kata Ab Rauf.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam ke kilang berkenaan di sini.

Media Baharu