fb fb fb fb fb

Optimis sasar 35 pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean

PUTRAJAYA, 14 Julai - Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti Asean (AUG) Profesor Dr Mohd Fo'ad Sakdan, yakin sasaran 35 pingat emas dapat dicapai pada temasya yang akan berlangsung di Ubon Ratchathani, Thailand pada 26 Julai hingga 6 Ogos depan.

Ini memandangkan pada temasya sukan itu nanti kontinjen negara bakal diperkuatkan dengan kehadiran 43 atlet yang beraksi di Sukan SEA 2021 Vietnam, baru-baru ini.

Menurut Dr Mohd Fo'ad, pada edisi kali ini seramai 275 atlet akan menyertai 19 acara yang dipertandingkan dengan sukan renang menjadi 'lubuk' pingat emas.

(Dr Mohd Fo'ad ditemui pemberita ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang
oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini di sini)

"Kita telah memperincikan setiap atlet yang kita pilih ini dan kita membuat perbandingan pencapaian semasa dan juga perbandingan dengan atlet-atlet yang akan menyertai. Sebab kita telah mendapat senario-senario daripada universiti yang lain dan kita membuat perbandingan pencapaian atlet berkenaan sebab tu kita menetapkan sasaran 35 tu kita yakin akan tercapai," kata Dr Mohd Fo'ad di sini.

Jelasnya, kesemua atlet telah pun menjalani persiapan sejak bulan Februari lepas bagi menghadapi temasya sukan ini.


Media Baharu