(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merasmikan Kejohanan Piala Triatlon Asia (ATC 2022) di Putrajaya)
PUTRAJAYA, 15 Julai- Kejohanan Piala Triatlon Asia (ATC 2022) di Silverlake Village Outlet Batu Gajah, Perak November depan dijangka dapat menarik penyertaan seribu peserta dari 35 buah negara.
Ini kali pertama Malaysia diberi peluang menjadi tuan rumah ATC selepas kali terakhir dianjurkan di Sabah lebih 40 tahun lalu.
ATC 2022 yang dijadual pada 18 hingga 20 November depan bakal menyajikan persaingan lebih menarik kerana ia menjadi medan penentu gelaran juara keseluruhan Asia daripada enam siri tahun ini.
"Asia Thriahtlon Cup ini melibatkan pengelibatan daripada 35 negara, yang mana kesemua atlet akan bersaing,
"Dan penganjuran di Ipoh merupakan peluang terakhir mereka mendapatkan mata sebelum dinobatkan sebagai Juara Asia," katanya ketika majlis perasmian ATC 2022 di Putrajaya.
(Penganjur ATC 2022, Dr. Khoo Peng Chuan)
Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sebanyak enam kategori dipertandingkan antaranya acara lelaki dan wanita elit, selain kategori peringkat umur.