fb fb fb fb fb

24 pasukan sertai Kejohanan Ragbi Mannol Malaysia Sains Kedah 10 Sebelah 2023 bawah 15 tahun

Pengarah kejohanan, Mohamad Zelman Mohamoud

SUNGAI PETANI, 9 Disember - 24 pasukan sah menyertai Kejohanan Ragbi Mannol Malaysia Sains Kedah 10 Sebelah 2023 bawah 15 tahun peringkat kebangsaan.

Kejohanan akan diadakan selama dua hari di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) di sini, pada 16 dan 17 Disember depan sempena sambutan Jubli Emas sekolah sains itu ke 50 tahun.

Menurut Pengarah kejohanan, Mohamad Zelman Mohamoud objektif  penganjuran adalah lebih kepada memberi pendedahan awal kepada para pemain muda untuk merasai perlawanan berkompetitif tinggi menentang pasukan-pasukan hebat dari seluruh tanah air.

"Insha-Allah 24 pasukan akan turut serta daripada seluruh negara sebab kita juga dapat sambutan daripada kumpulan-kumpulan juara kebetulan," kata Mohamad Zelman selepas majlis pra kejohanan itu.

Turut hadir pemain ragbi kebangsaan juga PDRM  Duke Krishnan yang dikenali Dugro mempromosikan Sukan Ragbi peringkat akar umbi.

Tambahnya juga ia memupuk minat dalam kalangan anak-anak muda untuk terus menceburi bidang sukan itu dalam misi mencungkil bakat agar dapat diketengahkan ke tahap lebih tinggi serta dilihat mampu menjadi platform yang tepat pada mereka.

Katanya antara pasukan disertai ialah tuan rumah Sains Kedah Eagle, Akademi Ragbi Selangor (ARAS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) yang dianggap antara pasukan ragbi sekolah terbaik negara turut mengambil bahagian.

Kejohanan ragbi 10 sebelah itu  anjuran SK Eagles Ragbi dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSSMJ dengan kerjasama syarikat minyak pelincir  dari Jerman,  Mannol Malaysia.

Sementara itu, pemain Ragbi Kebangsaan Duke Krishnan menyifatkan penyertaan itu merupakan satu pendekatan yang baik.

Ini kerana anak muda khususnya  remaja mempunyai hala tuju yang baik dalam pembangunan sukan dan pelajaran mereka.

"Saya rasa sekarang ini banyak program di Malaysia untuk ragbi di Lembah Klang, di Singai Petani pun ada yang berumur 15 tahun. Jadi mereka boleh fokus terhadap pelajaran ragbi di sekolah ini. Ini adalah satu permulaan yang baik," kata Duke Krishnan.

Beliau juga yang baru-baru ini dinobatkan sebagai pemain terbaik akhir menerusi dengan mewakili  PDRM pada Piala Agong pada 21 Oktober lalu merasa bangga apabila kejohanan 10 sebelah itu dianjurkan tempat  asalnya di Sungai Petani.

Duke memberitahu sukan ragbi juga mempunyai potensi kerjaya yang cemerlang sepertinya yang mampu melangkah jauh dengan pernah mewakili dua kelab dari Jepun dan satu di USA iaitu Kelab Yamaha Jubilo ,Hino Reds dan Chicago Hounds .

Beliau juga kini sedang mengikuti bidang kejurulatihan pembangunan akar umbi di Petaling Jaya setiap Ahad anjuran COBRA Rugby Club selain sering sertai klinik sukan itu di sekolah-sekolah di seluruh negara.

TETITIA YUSOFF