DOHA, 29 April - Sebanyak 23.5 juta tiket perlawanan Piala Dunia sudah dijual pada “tempoh jualan terpilih” menerusi laman web pada 5 April lalu, menurut FIFA.
Perlawanan yang ditunggu-tunggu peminat bola seluruh dunia itu bakal berlangsung di Qatar dalam tempoh kurang tujuh bulan lagi.
FIFA berkata, pemohonan yang membeli tiket itu sebahagian besarnya datang dari Argentina, Brazil, England, Perancis, Mexico, Qatar, Arab Saudi dan Amerika Syarikat yang mendominasi pembelian yang juga merupakan "permintaan yang sangat tinggi" dari negara berkenaan.
Menurut FIFA dalam satu kenyataan, perlawanan yang paling popular adalah perlawanan akhir pada 18 Disember yang menyaksikan beberapa perlawanan kumpulan yang sudah pun diketahui iaitu Argentina akan bertemu Mexico, Argentina bertembung Arab Saudi, England lwn Amerika Syarikat dan Poland lwn Argentina.
(FOTO AP)
Manakala untuk perlawanan yang melebihi tiket yang tersedia, permintaan akan dimasukkan ke dalam loteri rawak.
"Semua pemohon yang berjaya akan dimaklumkan mulai 31 Mei ini dan baki tiket akan dijual kepada orang ramai dengan konsep siapa cepat dia dapat." katanya.
Secara purata, harga tiket melonjak 30 peratus lebih tinggi berbanding Piala Dunia Rusia pada 2018.
Manakala tiket paling murah adalah untuk warga Qatar dan tentera pekerja asing di negeri itu yang akan membayar serendah 10 dolar untuk menonton perlawanan kumpulan pusingan pertama - AFP