fb fb fb fb fb

Suasana kempen di Kuala Kubu Baharu lancar, harmoni

Superintenden Ahmad Faizal Tahrim

KUALA KUBU BAHARU, 2 Mei- Suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang memasuki hari ke-6 berjalan dengan lancar dan harmoni kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim.

Bagaimanapun pihaknya akan terus memantau aktiviti sepanjang kempen berlangsung dan berharap keadaan tersebut kekal hingga hari pengundian pada 11 Mei ini.

"Pihak polis telah meluluskan sebanyak 28 permit ceramah dan 25 permit kempen. Satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat bawah seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 233 SKMM dan sebanyak tiga laporan polis telah diterima," katanya kepada pemberita di sini.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan agar calon dan jentera parti politik yang bertanding agar sentiasa berkempen dengan berhemah dan elak menyentuh isu sensitif termasuk isu 3R (raja, agama dan kaum).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI