fb fb fb fb fb

Kempen secara sihat, bersih dan jangan ikut emosi - Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

HULU SELANGOR, 2 Mei- Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan dalon dan parti bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu berkempen secara sihat, bersih dan jangan mengikut emosi.

Pada masa sama parti-parti bertanding juga diingatkan untuk tidak menyentuh sebarang isu sensitif terutamanya 3R (raja, agama dan kaum) demi keharmonian masyarakat.

"Cara mana kita berkempen jangan kita buat perkara yang tidak baik. Kita jaga, kita cakap yang benar dan semua ini kawan kita.

"Walau berbeza bangsa agama, kulit tetapi kita rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan podcast suara perpaduan di Bangunan SP care di Antara Gapi di sini.

Terdahulu, ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu turut berkesempatan meninjau Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor di Antara Gapi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI