fb fb fb fb fb

Pang Sock Tao punyai kelebihan dekati pengundi

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Hannah Yeoh

HULU SELANGOR, 2 Mei - Penolong Setiausaha Publisiti DAP Hannah Yeoh menyifatkan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu sebagai pilihan jelas pengundi kawasan itu.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, ini kerana usia calon yang masih dilihat muda mampu mendekati generasi muda.

"Saya melihat untuk Kuala Kubu Baharu mantan ADUN iaitu Lee Kee Hiong telah banyak menganjurkan pelbagai aktiviti untuk golongan belia  yang bersifat sukan dan juga kebudayaan di Kuala Kubu Baharu. Bermaksud untuk semua kumpulan ini, kalau mereka mahu seorang ADUN yang boleh meneruskan legasi YB Lee Kee Hiong aktiviti, idea dan cara beliau mempromosikan kawasan ini.

"Pilihan yang jelas adalah untuk calon kerana beliau mempunyai pengalaman dalam membuat promosi dan juga umur beliau memang golongan belia boleh rasa lebih erat dan kita perlukan kawasan sini .

"Kita perlukan seorang ADUN yang bertenaga, mempunyai banyak idea baharu dan kalau kita lihat dalam kalangan calon pilihannya sangat jelas hanya beliau mampu membawa semangat yang YB Lee Kee Hiong telah tinggalkan," katanya.

Hannah bercakap kepada media ketika mengiringi Sock Tao berkempen pada program singgah dan salam perlawanan bola keranjang di Hulu Yam Lama, di sini.

Beliau turut mengingatkan supaya pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun untuk pulang ke Kuala Kubu Baharu bagi menjalankan tanggungjawab mengundi.

TETITIA YUSOFF