HULU SELANGOR, 3 Mei - Hari ketujuh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Negeri, Kuala Kubu Baharu semakin rancak dengan Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao terus mempergiatkan usaha menyantuni masyarakat dan pengundi di kawasan berkenaan.
Calon PH, Sock Tao berkata dia optimis komitmen dan kerjasama di antara setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil kali ini mampu memastikan kemenangan sekali gus mengekalkan kerusi itu kepada DAP.
"Setiap hari program kampen kita bermula pada pukul 8.00 pagi. Sampai lebih kurang pukul 10.00 malam.
"Kita cuba sedaya upaya bersungguh-sungguh mendekati pengundi Seramai mungkin. Saya yakin dengan semangat perpaduan ataupun komitmen yang amat tinggi ditunjukkan oleh semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan Kita mampu kekalkan Kuala Kubu Baharu", kata Tao yang ditemui media pada sesi Santai dan Salam di Pekan Rasa.
Hadir sama, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
PRK Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru, dengan PH mencalonkan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu Pang Sock Tao.
Beliau bakal berhadapan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut serta dua lagi calon iaitu Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.