fb fb fb fb fb

PDRM pastikan keselamatan pengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA KUBU BAHARU, 3 Mei- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan keselamatan rakyat yang akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu nanti selain memastikan keadaan berada pada tahap terbaik.

Jaminan itu disuarakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau juga menjelaskan pelbagai elemen akan digerakkan bagi memastikan kelancaran pada hari pengundian.

"Jaminan polis adalah keselamatan orang ramai di Kuala Kubu Baharu ini terjamin. Orang ramai termasuk pengundi tidak perlu gundah atau bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

"Pihak polis telah melakukan tugas dan melakukan persiapan segala aspek jaminan terhadap ketenteramaan awam dan kita mahu pengundi bebas daripada sebarang ugutan atau bimbang keselamatan diri," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau turut menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baharu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI