HULU SELANGOR, 10 Mei - Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) Goes Big di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional merupakan satu inisiatif membantu memperkasakan komuniti India dalam bidang keusahawan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan menggalakkan masyarakat India untuk memanfaatkan inisiatif itu yang telah menerima peruntukan tambahan RM30 juta.
Tambah Ramanan, sebanyak 21 permohonan telah diterima sejak ia diumumkan pada 3 April lepas dengan enam permohonan telah diluluskan membabitkan jumlah pembiayaan sebanyak RM250,000
"Terdapat enam permohonan sebanyak RM250,000 sudah diluluskan. Jadi, saya harap komuniti India akan mengambil peluang ini untuk dapat menjayakan perniagaan mereka dan membawa perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi", kata Ramanan ketika ditemui pemberita di Majlis Taklimat SPUMI Goes Big di sini pada Khamis.