fb fb fb fb fb

PDRM beri komitmen berterusan pada PRK Kuala Kubu Baharu

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

HULU SELANGOR, 8 Mei- Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan komitmen berterusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Berbaki kurang empat hari lagi, lebih 39,000 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab mereka Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
 
Setakat ini, tahap keselamatan dan ketenteraman awam terjamin sepanjang kempen berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

"Pasukan polis sudah pun mengerahkan kekuatan yang dianggap munasabah dan mencukupi. Saya tak perlu sebut angkanya komitmen pasukan polis akan berterusan sepanjang empat hari sehingga hari pengundian bagi memastikan pemilih-pemilih akan keluar dengan aman dan tenang tanpa rasa bimbang," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Memasuki fasa kedua tempoh berkempen di Kuala Kubu Baharu, calon-calon pilihan raya terus giat menjalankan kempen dengan mengamalkan sikap politik matang.

Momentum itu diharap dapat dikekalkan sehingga hari pengundian. 
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI