fb fb fb fb fb

PRK KKB: PH perhebat kempen di media sosial

Adam Adli

ULU YAM LAMA, 8 Mei- Pakatan Harapan (PH) memperhebat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) menerusi media sosial.

Jelas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli, langkah itu dipergiat bagi menarik golongan muda di perantauan untuk pulang mengundi pada 11 Mei ini.

Beliau mengakui kempen secara bersemuka lebih penting.

Bagaimanapun, ujarnya, platform media sosial perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej dan manifesto kepada pengundi di luar kawasan.

"Media sosial terutama sekali mungkin perlu kita perkukuhkan untuk timbulkan ataupun untuk sebarkan lebih banyak lagi mesej-mesej yang lebih jelas. 

"Kita sangat berharap supaya terutama sekali golongan muda ini dia ada kesedaran, dia tahu bahawa dia pulang dengan niat dan matlamat yang betul," katanya menerusi Ceramah Kelompok bersama Warga Batu 30, di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka, Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM