fb fb fb fb fb

PRU15: UIAM sedia 50 buah bas hantar pelajar pulang mengundi

GOMBAK, 17 November - Seramai 2,040 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Ini menerusi "Ops Mahasiswa UIAM Pulang Mengundi" yang dilancarkan Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar, Kesatuan Pelajar dan Kelab Sahabat Anak Malaysia.

Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti) UIAM, Profesor Dr. Akmal Khuzairy Abd. Rahman berkata sebanyak 50 buah bas telah disediakan untuk membawa pulang pelajar mengikut destinasi-destinasi yang ditetapkan.

Bagi pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak, UIAM turut menyediakan sebuah van dan tiga buah bas untuk menghantar pelajar ke KLIA dan KLIA2.

(Profesor Dr. Akmal Khuzairy Abd. Rahman)

"Kita telah menjalankannya semenjak semalam...kita telah mendapat kerjasama daripada persatuan-persatuan anak negeri yang menyediakan pengangkutan untuk mengangkut mahasiswa mahasiswi kami ke kampung halaman masing -masing.

"Bas yang paling banyak saya kira ke kedah dan juga ke kelantan serta terengganu, berjumlah lebih daripada 10 biji bas," katanya ketika ditemui pemberita ketika menghantar pelajar pulang di kampus UIAM, di sini.

Tambahnya, destinasi-destinasi yang telah ditetapkan bagi penghantaran pulang pelajar adalah Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Melaka, Pahang, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.

Media Baharu