fb fb fb fb fb

PRU15: Polis keluarkan 2,148 permit ceramah sepanjang tempoh berkempen

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 17 November - Sebanyak 2,148 permit dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengadakan ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata 326 permit dikeluarkan di Sabah, Pahang (300), Sarawak (293), Perak (221), Johor (208), Kedah (180), Kelantan (147), Selangor (112), Negeri Sembilan (103), Melaka (94), Terengganu (89), Pulau Pinang (40), Perlis (23) dan Kuala Lumpur (12).

(FOTO HIASAN)

Katanya, setakat ini tiada ceramah tanpa permit direkodkan sehingga semalam.

“Polis turut menahan empat lelaki iaitu tiga di Pahang dan seorang di Sarawak yang disiasat mengikut Seksyen 4A(1) Akta Pilihanraya 1954 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Hazani, polis juga telah membuka 20 kertas siasatan iaitu di Selangor (empat), Kuala Lumpur (empat), Sarawak (tiga), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu antaranya melibatkan kesalahan menghasut, ugutan jenayah, merosakkan bendera dan papan tanda milik parti politik serta calon.

Media Baharu