fb fb fb fb fb

Calon BN diingatkan berhati-hati kempen saat-saat akhir-Shamsul Anuar

LENGGONG, 17 November- Semua calon Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak melakukan perbuatan yang boleh merugikan parti di saat-saat akhir kempen.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata tindakan tersebut boleh dijadikan 'senjata' bagi parti lain dan membawa kesan kepada BN.

(FOTO HIASAN)

"Terutama sekali kepada calon-calon baharu mesti benar-benar berhati-hati sebarang kesilapan kecil yang kita lakukan akan dimanipulasi oleh pihak lawan", katanya kepada media.

Beliau berkata demikian kepada RTM ketika menyantuni penduduk di Pasar Rabu Kampung Luat, Lenggong.

Media Baharu