SUNGAI BAKAP, 25 Jun - Kerjasama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menjadi kekuatan pada kempen PRK Sungai Bakap.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chang Lih Kang berkata, ia membolehkan usaha meraih undi bagi memastikan penerimaan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Bagaimanapun beliau tidak mahu selesa dengan situasi itu dan beliau mahu kekuatan jentera terus dimantapkan sepanjang tempoh berkempen.
"Kerjasama komponen parti BN dan PH sangat bagus, begitu juga DAP dan Amanah semuanya bertungkus lumus, kita ada strategi bersama, kita juga ada bilik gerakan bersama, jadi tidak ada masalah.
"Selain itu, kapasiti calin dalam kerajaan perpaduN dan anak jati Sunhai Bakap juga antara yang menjadi kekuatan, "kata Lih Kang.
Terdahulu beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menghadiri Ceramah Perpaduan PRK Sungai Baka di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat.
Selain calon, turut sama dalam ceramah itu ialah Naib Presiden Keadilan yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasami.