fb fb fb fb fb

PRK Mahkota : Calon manfaat kempen di media sosial tambat hati pengudi

Antara perkongsian Calon BN, di laman Facebook rasminya

KLUANG, 18 September- Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Mahkota, Kluang kini memasuki hari kelima.

Platform media sosial terus dimanfaatkan kedua-dua calon bertanding, bagi menambat hati pengundi dan warganet.

Masing-masing menggunakan medium itu dalam mempromosikan agenda perjuangan mereka, serta mewar-warkan program kemasyarakatan yang dianjurkan. 

Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah menerusi akaun Facebook rasminya, turut berkongsi kemesraan bergaul dengan penduduk setempat. 

Antara yang mencuri tumpuan termasuk hantaran beliau bertemu dan menyantuni masyarakat berbilang bangsa, termasuk Cina dan India.

Barisan Nasional menggunakan trend tanda pagar (hashtag) Mahkota Kita, dalam hantaran mereka di seluruh platform media sosial.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar di media sosial pula turut berkongsi sesi tinjauan mesra yang diadakan sekitar Mahkota, Kluang. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE