fb fb fb fb fb

PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi tiba di pusat mengundi

Calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh pada pukul 9.30 pagi tadi.

KEMAMAN, 2 Disember- Calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh pada pukul 9.30 pagi tadi.

Beliau meluangkan masa beramah mesra bersama pengundi, serta mendengar taklimat ringkas daripada Ketua Tempat Mengundi (KTM) mengenai proses pengundian di sekolah berkenaan.

Pusat mengundi SK Kampung Baru Kerteh antara 49 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman kali ini, melibatkan 5, 479 pengundi berdaftar dengan sembilan saluran mengundi.

Sementara itu, seramai 141,043 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRK Kemaman hari ini, melibatkan 244 saluran yang dibuka bermula 8.00 pagi tadi sehingga 6.00 petang.

Artikel Berkaitan:
PRK Kemaman: DUN Air Putih rekod paling ramai pengundi
141,043 pengundi layak mengundi PRK Kemaman

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM