fb fb fb fb fb

PRK Kemaman: DUN Air Putih rekod paling ramai pengundi

DUN Air Putih merekodkan paling ramai iaitu 44,120 pengundi di Kemaman membabitkan 17 pusat mengundi dengan 76 saluran dibuka.

KEMAMAN, 2 Disember- Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai merupakan salah satu Pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang merekodkan 3,334 pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini.

Enam saluran dibuka bagi proses pengundian itu.

DUN Air Putih merekodkan paling ramai iaitu 44,120 pengundi di Kemaman membabitkan 17 pusat mengundi dengan 76 saluran dibuka.

Secara keseluruhan, seramai 141,043 pengundi layak mengundi untuk PRK Kemaman.

Artikel Berkaitan:
PRK Kemaman: 141,043 pengundi layak mengundi
PRK Kemaman: SPR sasar 70 peratus keluar mengundi
PRK Kemaman: Mohamed Affandi calon 'tiada cacat cela' - PM


 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM