KEMAMAN, 2 Disember- Pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P040 Kemaman mulai memasuki pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh sebaik sahaja pintu pagar dibuka pada pukul 8.00 pagi tadi.
Seramai 5,439 pengundi berdaftar melibatkan sembilan saluran mengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini di pusat pengundian itu.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman pula, para mengundi memasuki pusat mengundi sebaik sahaja pintu pagar dibuka.
Tiga saluran dibuka dengan 1,598 jumlah pengundi layak mengundi di SMK Sultan Ismail.
Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Sebanyak 14 sekolah terlibat dengan 39,274 pengundi kesemuanya.
Secara keseluruhan, seramai 141,043 pengundi layak mengundi untuk PRK Kemaman.
Ia melibatkan 244 saluran di 49 lokasi pusat mengundi, bermula pukul 8.00 pagi tadi sehingga 6.00 petang.