KEMAMAN, 2 Disember- Pengundi, Mohd Nor Ashraf Nordin, 22 tahun yang patah kaki akibat kemalangan jalan raya tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini.
Dua beradik juga iaitu Norfatiah Abdul Manaf dan Nur Fadila Abdul Manaf antara anak perantau yang pulang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi itu.
SK Binjai salah satu pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dengan merekodkan 3,334 pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab pada PRK Kemaman.
Dalam pada itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 18 peratus pengundi keluar mengundi setakat pukul 10.00 pagi tadi.
PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.
Artikel Berkaitan:
PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi tiba di pusat mengundi
PRK Kemaman: DUN Air Putih rekod paling ramai pengundi
141,043 pengundi layak mengundi PRK Kemaman