fb fb fb fb fb

PH tidak bertanding PRK Mahkota - Saifuddin Nasution

PAKATAN HARAPAN

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Pakatan Harapan (PH) tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada September ini.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat kepimpinan tertinggi PH yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

"PH bersetuju calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding (pada PRK DUN Mahkota) sebagai menghormati kerusi penyandang sepertimana BN berbuat serupa ketika PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September 2023.

"PH akan turun memberi sokongan dan dukungan sepenuhnya kerana mengekalkan kemenangan kerusi DUN Mahkota menjadi keutamaan dalam semangat Kerajaan Perpaduan hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang, Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK itu pada 28 September, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sepember.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA