fb fb fb fb fb

Awie, Ustaz Wadi mengundi di Kampung Bertam Lama

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Abdul Ghani (kiri) dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail mengundi di Kampung Bertam Lama, masing-masing bersama-sama pasangan/ Foto BERNAMA

GUA MUSANG, 17 Ogos- Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail mengundi di Kampung Bertam Lama semasa hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dan sempat berpelukan ketika mereka bertemu hari ini.

Mohd Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awie dan Mohd Rizwadi yang mesra disapa Ustaz Wadi bersua muka di Pusat Mengundi Tabika Sri Bawakali, di sini, kira-kira pukul 8.40 pagi.

Kedua-duanya berkesempatan berbual dan bermesra bersama-sama pengundi ketika proses pengundian.

Mohd Azmawi dan Mohd Rizwadi masing-masing selesai mengundi pada pukul 8.39 pagi dan 8.58 pagi.

PRK Nenggiri menyaksikan persaingan dua penjuru antara BN dan PN diadakan berikutan kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI