fb fb fb fb fb

25.66 peratus keluar mengundi setakat pukul 10.00 pagi

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan bagi PRK Nenggiri di Sekolah Kebangsaan Pulat/ Foto BERNAMA

GUA MUSANG, 17 Ogos- Setakat pukul 10.00 pagi, kira-kira 25.66 peratus daftar pemilih, telah menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Tepat pukul 8.00 pagi tadi, kesemua 20 pusat mengundi dengan 46 saluran, dibuka serentak.

Daripada 20 pusat mengundi, enam pusat mengundi akan ditutup lebih awal iaitu pada pukul 3.00 petang.

Ia melibatkan Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulat.

Sementara itu empat lagi pusat mengundi akan ditutup pukul 2.00 petang iaitu SK Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

PRK Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kedua-dua calon akan mengundi di pusat mengundi yang sama iaitu Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama.

PRK Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI