fb fb fb fb fb

Peletakan calon BN pada PRK Mahkota dihormati parti komponen

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Keputusan meletakkan calon Barisan Nasional (BN) pada kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota amat dihormati parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nama calon bertanding juga akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada minggu depan.

"Kita akan bincang dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada minggu depan dan prinsip pertama, kerusi-kerusi itu dipegang oleh sesebuah parti.

"...maka formulanya parti itu akan bertanding dan ini amat dihormati parti komponen Kerajaan Perpaduan. Ini asas yang kita gunakan apabila kita ingin meletakkan calon sempena PRK Mahkota di Johor," katanya.

Beliau menjelaskannya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama Program International Young Future Leaders Summit (Ifuture) 2024 di ibu negara.

Mengulas lanjut, beliau turut memberi gambaran untuk meletakkan calon muka baharu di DUN berkenaan.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK Mahkota pada 28 September depan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Sementara itu pihak swasta akan mengendalikan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi pelajar luar negara yang menuntut di negara ini.

Peluang itu dilihat ia tidak merebut peluang kepada pelajar tempatan yang ingin melanjutkan dalam pengajian berkenaan.

Perkara itu mengambil kira bidang baharu yang ditawarkan selain mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

"Sistem pendidikan hanya 20 peratus pedagogi pendidikan dalam kelas, dan 80 peratus methode di maklmal atau dilapangan.

"Ini yang menarik minat pelajar luar negara, dan pelajar luar negara akan ditawarkan ke TVET yang akan dikendalikan pihak swasta. Perkara itu agar tidak mengambil peluang pelajar tempatan untuk ke institusi TVET tajaan kerajaan," katanya lagi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI