(Cuti umum adalah untuk menggalakkan rakyat di Negeri Sembilan membuat
persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam
PRU15/FOTO HIASAN BERNAMA)
SEREMBAN, 9 November- Kerajaan Negeri Sembilan turut mengumumkan cuti umum pada 18 November ini, sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik berkata perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada Rabu.
Katanya cuti umum pada hari berkenaan bagi memberi laluan kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam PRU15.
"Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri ini membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 pada 19 November," katanya dalam satu kenyataan di sini.
(Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK) Datuk Dr Razali Ab Malik/BERNAMA)
Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi cuti umum sehari sebelum hari pengundian.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian manakala 15 November ialah hari pengundian awal.-BERNAMA