fb fb fb fb fb

Telefon bimbit tidak boleh dibawa ke dalam tempat mengundi -SPR

KUALA LUMPUR, 10 November- Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu infografik yang dimuat naik di platform social media mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.

Larangan itu yang disenaraikan sebagai langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa ia tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.

Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.

(Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang
undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)/BERNAMA)

Bulan lalu, Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa SPR mengharamkan telefon bimbit di dalam pusat mengundi, demi menjaga hak dan privasi pengundi serta mencegah korupsi.

Beliau mendakwa sesetengah parti politik membayar pengundi untuk mengundi mereka, dengan syarat diberikan sebagai bukti.

Media Baharu