fb fb fb fb fb

Semua calon BN dinasihat berkempen secara sihat - Mohamad Hasan

Foto BERNAMA

CHEMBONG, 9 November- Semua calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dinasihatkan supaya kempen secara sihat.

Timbalan Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata anak buahnya perlu mengelakkan perbuatan negatif semasa berkempen dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan mengemukakan matlamat yang jelas.

"Nasihatkan Semua anak buah supaya berkempen secara sihat jangan menghina mencaci orang dan beritahu apa kita nak buat kerajaan macam mana kita nak tubuhkan supaya negara diberi mandat. Negara ini diuruskan baik semula," kata Mohamad kepada media di pasar malam, di sini.

Datuk Seri Mohamad Hasan juga calon Barisan Nasional Rembau membuktikan pelaksanaan kempen secara sihat apabila bertegur sapa dan bertanya khabar dengan calon Pakatan Harapan, Jufitri Joha yang berkempen di tempat yang sama.

Kehadiran kedua-dua calon itu turut diterima baik oleh pengunjung pasar malam Chembong.


(Timbalan Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan ditemui media ketika beramah mesra
dengan pengunjung pasar malam di Chembong)

Media Baharu