fb fb fb fb fb

Ku Li dekati belia guna Tik Tok

KUALA LUMPUR, 9 November- Calon veteran daripada Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah mencuri tumpuan apabila menggunakan Tik Tok untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkembangan globalisasi yang memperlihat kewujudan pelbagai platform media sosial, dimanfaatkan sepenuhnya Tengku Razaleigh.

Beliau yang dikenali dengan panggilan 'Ku Li' menggunakan medium itu untuk mendekati para pengundi terutama belia.

Beliau turut berkongsi profil dan aktiviti sepanjang tempoh berkempen.

Tik Tok beliau kini memiliki pengikut lebih 2,700 orang dan jumlah itu bertambah setiap hari.

PRU15 menyaksikan Ku Li sekali lagi bertanding bagi mempertahankan kerusi Gua Musang.


(Calon veteran daripada Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah)

Media Baharu