KEDAH, 9 November- Nat Bukit Pinang menjadi medan calon-calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Pokok Sena bertemu peniaga dan orang ramai khususnya para pengundi di kawasan itu.
Calon Barisan Nasional (BN), Noran Zamini Jamaluddin; Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Yahya; dan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Mahfuz Omar turun berkempen bagi meraih sokongan pengundi.
(Orang ramai turut mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan bersama calon-calon)
Walaupun berbeza fahaman politik, keharmonian dan kemesraan antara calon-calon yang bertanding jelas kelihatan.
Orang ramai turut mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan bersama calon.
Bagi Calon BN, Noran Zamini, orang ramai terutama golongan muda kini sudah celik dan matang dalam membuat sesuatu keputusan.
"Sebenarnya ketika saya sampai kebanyakan rakyat Pokok Sena sudah ada keputusan. Mereka cuma tunggu hari mengundi saja, sebab itu warga Pokok Sena bagi tahu saya En Noran jangan risau kerana perbandingan antara rekod BN dan setelah PH diberi peluang itu telah dinilai oleh orang tempatan.
Jadi untuk mengembalikan kestabilan ekonomi orang Pokok Sena saya rasa wajar untuk pengundi Pokok Sena beri peluang dan ruang kepada BN untuk kembali menerajui kepimpinan di peringkat parlimen Pokok Sena," katanya ketika ditemui media di sini.