fb fb fb fb fb

PRU15: Pengundi baharu sedia tunai tanggungjawab

GOMBAK, 9 November- Pengundi baharu atau daftar pemilih muda, sedia menunaikan tanggungjawab masing-masing buat kali pertama, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Namun, rata-ratanya menyuarakan harapan mandat diberi kepada kerajaan stabil, aman dan mendengar suara anak muda termasuk mengatasi masalah pengangguran.

"Saya rasa tidak sabar dan gementar, ini kali pertama saya nak mengundi. Jadi bagi saya undi generasi untuk zaman sekarang amat pentinglah untuk generasi saya yang akan datang", kata Adam Hanif.

"Saya berumur 19 tahun, saya teruja mengundi buat kali pertama. Saya harap anak-anak muda memilih dan menyokong pemimpin yang stabil mendengar suara anak muda di Malaysia", menurut pengundi muda, Mohd Firdaus Mohd Yusof.

"Saya cuma harap pemimpin yang selalu turun padang lah untuk ambil tahu pasal rakyat sebab dia nak mengubah sesuatu dia perlu ambil tahu dulu. Jadi, saya harap seperti itulah, kata Khaidir Amiruddin.


(Foto hiasan)

Seramai 13,739 pengundi baharu berusia 18 hingga 20 tahun di Parlimen Gombak yang layak mengundi pada PRU15, manakala pengundi berusia 21 hingga 29 tahun pula seramai 45,022 orang pengundi.

Selain itu, pengundi biasa termasuk warga emas di Gombak juga mengharapkan kerajaan yang stabil dan menyeru pengundi yang layak untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Kepada pengundi-pengundi muda yang buat kali pertama supaya keluar mengundi tidak kira siapa yang anda pilih, pastikan anda mengundi, kata Sarjeet Singh kepada pemberita.

"Kita harap masa dalam pilihan raya ini sesiapa pun yang dipilih itu kita akan sanjung kita akan terima dan akan ikut pemimpin kita tapi amanah yang dipegangkan oleh pemimpin itu jangan disia-siakan", kata Baldiv Singh.

Media Baharu