fb fb fb fb fb

PRU15: Calon BN Parlimen Tenggara santuni masyarakat orang asli Kampung Kemps Menang

BANDAR TENGGARA, 9 November- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Tenggara Manndzri Nasib memulakan kempen hari kelima
hari ini dengan menyantuni masyarakat orang asli di Kampung Kemps Menang di sini.

Beliau cukup dikenali oleh masyarakat orang asli disitu kerana pernah membantu menjalankan kerja-kerja sanitasi di tiga kampung orang asli yang berada dibawah Parlimen Tenggara.

"Yang sinilah kita singgah ini,sebab dua itu sudah sampai dan hari ini kita menyantuni Pak Wahid kena strok kita jumpa,dan rumah yang ini kita santuni. Kita pernah sanitasi. Kenangang kita masa zaman PKP dulu", katanya kepada media.


Tambahnya,beliau turut menggunakan media sosial sebagai medium bagi berkempen dalam usahanya mendekati pengundi-pengundi muda di parlimen tersebut.

Parlimen Tenggara menyaksikan saingan empat penjuru menyaksikan persaingan Manndzri Nasib mewakili BN,Lt. Kol. (B) Mohd. Nazari Bin Mokhtar mewakili Perikatan Nasional (PN),M Azhar Palal mewakili GTA dan Zuraidah Zainab dari Pakatan Harapan (PH).

Pada Pilihan Raya ke-14 lalu,Kerusi tersebut disandang oleh Datuk Seri Dr. Adham Baba dengan majoriti 5,933 undi.

Media Baharu