(Calon Barisan Nasional parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali,
meneruskan kempen bertemu penduduk setempat)
KUALA NERUS, 9 November- Segmen Kesihatan, Pendidikan dan Keusahawanan menjadi fokus utama bagi calon P035 Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali untuk rakyat di
kawasan itu.
Tiga segmen tersebut akan diusahakan menerusi tabung yang akan ditubuhkan nanti.
Datuk Khairuddin berkata, tabung ini akan dikembangkan untuk penduduk Kuala Nerus mendapatkan bantuan tambahan selain bangkit dari pandemik COVID-19.
(Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali)
Walapun tabung seumpama ini telah ada diperingkat negeri atau persekutuan, namun ia lebih bersifat umum.
Bagaimanapun dengan adanya tabung khas yang akan ditubuhkan nanti dapat membantu rakyat dikawan Kuala Nerus secara khusus.
"Ia hari ini diperingkat persekutuan dah ada atau peringkat negeri dah ada tapi dia pelbagai, tapi ia adalah umum dia berlaku dari sudut berlaku saingan yang banyak, untuk rakyat saya fokus buat satu tabung, nama tabung saya akan umum nanti lebih terperinci,"katanya.
Terdahulu beliau beramah mesra dengan penduduk dan usahawan di kawasan tersebut.